Thursday, April 16, 2015

Resepi Keropok Lekor Untuk Anda Cuba


Menu Keropok Lekor.Ihsan dari Kami

Keropok lekor adalah makanan ringan yang popular, turun temurun penduduk di Terengganu dan sebahagian dari negeri-negeri di Pantai Timur seperti Kelantan dan Pahang. Asas bahan keropok lekor adalah ikan yang kita semua tahu mempunyai banyak  kelebihan kandungan zat besi dan proten. kata pakar perubatan ikan membolehkan membantu untuk perkembanagan otak manusia.

Berikut adalah resepi " turun temurun " yang kami ikuti sejak berpuloh tahun. Saudara saudari boleh cuba resepi ini dalam sukatan kecil untuk makanan ringan dirumah semasa santai dan majlis kecil kecilan.

Jika anda rasa kurang enak, tambah la bahan-bahan lain yang difikirkan sesuai. Buat keropok lekor dengan air tangan sendiri lagi sedap daripada beli yang dijual di warong, kantin, pasar malam dan sebagainya.

Tak mahu buang masa saudara saudari, teruskan bacaan dibawah untuk ketahui resipi asli keropok lekor Youlekor...Memang sedap. Yang tak sedap tu datang dari air tangan sendiri. 

Bahan-bahan:

1  kilo isi ikan kembung / selayang/tambang. Ambil isi shj dan buang kulit nipis & tulangnya. 
2. 1 kilo Tepung Ubi / Sagu
2 sudu makan tepung gandum Sedikit garam & bahan perasa (jika menggunakan)

Peralatan Lain:
1. Papan Pencanai
2. Food processor atau
3. Blender
4. Periuk yang sesuai besar


Cara Memproses keropok Lekor.

1. Kisar isi ikan sampai halus menggunakan food processor. Jika guna blender, tambah sesudu dua air utk mudahkan proses mengisar.

2. Gaulkan semua bahan kering -tepung dgn garam, masukkan dalam mangkuk isi ikan yant telah disar  tadi dan uli sampai jadi doh. Doh memang lembut (sangat lembut), inilah yg akan menghasilkan keropok yg lembut juga & sedap -lebih isi ikan, kurang tepung. 

3. Didihkan air dalam periuk untuk merebus.

4. Taburkan sedikit tepung  pada tangan dan papan pencanai. Kepal sedikit doh ikan dan bentukkan memanjang. Golekkan atas papan pencanai sehingga dpt bentuk keropok yg panjang. .


5. Rebus keropok yg sudah dibentuk tadi sehingga masak ( keropok akaj timbul di permukaan air rebusan jika ianya dah masak ). Angkat, tos airnya dan boleh dihidang dengan sos pencicah.
.
*keropok lekor yg sudah direbus boleh disimpan beku. Jika tak gemar keropok lekor rebus, boleh digoreng seperti kebiasaannya.




Jika anda tak mahu buat sendiri, boleh buat tempahan dengan kami. Lawat Page Kami di Facebook